Resepi Mudah Ramadhan.

Ramadhan dtg lagi!!! Acctually dah nak raya pon ni. Mgkn ak lmbt buat entry psl ni tapi bebanan idea yg nak dishare ni dah lama terbuku .. so.. nak taknak kena la hamburkan keluar ye.. moga, puasa tahun depan still bleh guna lg. Tahun ni ak masih lagi berpuasa sebagai org bujang, (seperti thn2 sblmnya) cuma thn ni bezanya aku bukak pose sorang! sbb dah x duduk dengan mak lg.. uhuhu.. sedih.. Kalo org ade family ni, juadah buka kena la macam2 kan? sebab ramai yg nak tlg kedarah.. tapi utk yg single mingle mcm ak ni, memadai la ape yg simple, janji sedap dan mengenyangkan. Dari awal pose sampai la harini, ada sekali je la aku beli juadah buka. Tu pun sebab tak sempat(bz pi shopping) selebihnya ak lebih suka masak sendiri. Bukan ape, takut tak sedap/basi. Dah la bayor mahal, tp x berkualiti.. buat ape kan.. Mmg la ade yg ok, tp sbbkan ak baru kt cni, tak tau la mane yg sedap atau x. So langkah terbaik, JANGAN BELI!.

Antara juadah yg paling mudah+sedap+simple+mengenyangkan yang aku slalu masak ialah :-

1)CHAR KUEY TEOW- Blend bwg putih+udang geragau, kemudian tumis dengan ciliboh sampai naik bau, masuk udang hidup, masuk air sket , kicap manis kipas udang, masuk kuey teow, pecah telo , masuk taugeh+kucai. Gaul2 sikit pastu angkat.

2)MEE BANDUNG- Tumis cili+bwg putih, masuk udang/ayam, masuk sos cili(cap Arnab sedap), kiub ayam sikit, air, sawi, mee, telo n last skali taugeh dan tepung jagung(kacau dengan air dulu). tunggu sampai mengelegak, angkat.(Hidang dengan limau ye)

3)NASI AYAM-Rebus ayam, keluarkan ketulan ayam dr periuk(jgn buang stok dia, campur garam+aji+bwg goreng+sup bunjut+daun sup= jadi la sup dia). Ayam tadi gaul ngan kicap+lada sulah+madu +garam+halia+bwg puti+sos Tiram dan goreng=jadi la ayam dia. Nasi=mentega+bwgputih+bwgmerah+halia tumiskan. Masuk stok ayam sikit, pastu beras yg dh basuh. masuk air (mcm nak msk nasik selalu tu).Biar sampai masak. Jadi la nasik  dia. Kicap pulak kicap masin + cili burung je. Sos pulak, bwg putih+cili+gula+halia blend n masak. Kalo malas, beli je sos Ayamas tu ha.. sonang. Rasa dia pandai2 la ejas guna garam gula ye.. Tapi kdg2 ak ske gak guna ayam masak kicap. Lg best.

4)TOM YAM-ni lagi gila simple, campak je dlm air tomyam paste+bwg merah/putih+cili diketuk+ayam/udg/sotong +sayur+serai+daun limau purut+jus limau+garam gula. biar mengelegak, siap.

5)NASI PATAYYA-Tumis bwg putih+Bwg merah+cili (sket je), masuk ayam, sayur campur, lada sulah, garam, aji, sos tiram. nak boh kicap pon boleh.. gaul sampai rata , angkat. Kocak telor 2 bijik, boh minyak sket, ratakan(selebar mungkin)masuk nasik ditengah, lipat telur tadi(mcm nak bungkus la). Letak Pinggan dalam kuali, telangkopkan.. Voila! Nasik Pataya(pastikan telo x melekat pada kuali ye) Hias dgn sos cili n sayuran..

Sebenarnya banyak lagi resepi simple yang boleh dimasak utk buka puasa(bg org bujang la) tp nak taip kt cni jadi banyak sgt pulak nanti.. so.. jgn lupa, masak la drpd membeli kerana ianya mudah!!!🙂

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s