Wanita cantik?

"Wanita cantik, melukis kekuatan pada masalahnya 
Dia tersenyum saat tertekan 
Tertawa di saat hati sedang menangis 
Memberkati di saat terhina..

Dan mempesona kerana memaafkan. 
Wanita cantik, mengasihi tanpa marah 
dan bertambah kuat dalam doa dan pengharapan.."

Demikian satu potong kata-kata yang sy petik 
daripada blog yang selalu sy lawati. 
Sebagai seorang yang biasa-biasa sahaja dari segala aspek,
 saya selalu ingin mencari info  bagaimana 
untuk menjadi seorang yang cantik dan juga menarik. 
Bukan apa, tujuan saya cuma satu,
saya mahu bersedia dengan baik dihadapan bakal
 suami saya kelak. Cantik setakat yang saya fahami
(biasanya diingini oleh seorang lelaki pada wanita) selain 
daripada cantik fizikal, haruslah cantik agama dan ahklak..
Kedengaran seperti amat mudah namun tak ramai yang 
memiliki dengan lengkap semua aspek tersebut. 
Jadi, berdasarkan apa yang saya miliki, 
saya cuba tampilkan dengan sebaik mungkin 
agar diri saya terlihat(dengan cara yang berpandukan syarak ye) , 
tapi mungkin kerana belum habis baik, 
juga mungkin kerana belum tiba masa, atau 
mungkin juga kerana saya belum betul bersedia, 
(semua atas kehendakNya), sy belum mampu menemukan sesiapa.
Hari demi hari, saya terus mencuba(dan berdoa) 
untuk jadi lebih baik.. 
saya tanya pada rakan2 atau mereka yang lebih berpengalaman,
saya rujuk pada internet atau buku2 berkenaan, 
saya bermuhasabah, saya mohon panduan juga petunjuk jalan.
Tetap juga belum berhasil.
Saya sedar, masih banyak yang kurang, masih banyak 
yang belum saya perbaiki,
masih banyak nasihat atau tips2 yang belum saya laksanakan..
Masih banyak keampunan yang belum saya 
pohonkan, masih banyak kemaafkan yang belum saya berikan, 
masih banyak sifat yang perlu saya perbetulkan.
Masih banyak doa yang belum saya panjatkan...
Saya amat sedar akan hakikat bahawa kecantikan seorang 
wanita bukan hanya terletak pada kecantikan fizikal semata.. 
tetapi juga merangkumi aspek kecantikan agama dan ahklak. 
Setiap kali saya berfikir tentang ini,
 setiap kali itu juga saya berfikir... 
'masih banyak yang kurang, masih banyak 
yang perlu aku perbaiki...'
Dan setiap kali itu juga saya bersyukur kerana Allah 
telah berikan saya waktu untuk perbaiki setiap kekurangan saya...
Sehingga detik ini, saya semakin kerap terfikirkan tentang ini.. 
mungkin sudah tiba masa atau mungkin juga saya sudah 
terlalu sunyi atau bimbang...
Biarlah saya menemuinya apabila telah betul2 siap.. 
itu harapan saya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s