Semalam di Tanah Rata..

Malam.Hujan.

Meniarap disisi ibuku yang sudah lena dibuai mimpi.

Adik-adik dengan urusan masing-masing.

Kipas bilik berputar ligat. Ah, apa perlu kipas sedang hawa malam di Tanah Rata sudah cukup dingin?

Tapi tidak itu yang aku rasakan. Aku disini masih seperti malam-malam lain yang aku lalui dirumahku sendiri. Panas..

Sebentar tadi bersiar-siar mengambil angin malam bersama mereka.Hanya jeans dan tshirt nipis yang menutupi tubuh ini.. Sedang mereka yang lain, mahupun pelancong asing yang sudah biasa dengan hawa sejuk juga mengenakan baju sejuk yang tebal-tebal.. Tapi aku, seolah tidak memerlukan semua itu..

Aku sedar, banyak mata yang memandang tadi. Pasti mereka hairan aku begitu.

Esok, masih banyak waktu untuk aku isi dengan pelbagai aktiviti. Aku terlalu rindukan tempat ini.. Aku rindu ladang teh, aku rindu strawberi, aku rindu bunga-bungaan yang beraneka warna, aku rindu kabus tebal, aku rindu pemandangan indah gaung yang dalam juga bukit tinggi berkabus.. aku rindu cendawan goreng dan jagung rebus, aku rindu sayuran segar pelbagai jenis… dan yang paling utama, aku rindu bau Cameron Highlands…

Sekarang aku sudah disini.. Tak sabar menunggu hari esok untuk menyambung aktiviti.. tak sabar nak bergambar dan membeli..šŸ™‚

16 sept 2011, 12.15am, Tanah Rata..

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s