Harapan untuk hati.

Beruntunglah kau hati..

Kini dah dapat apa yang kau idamkan..

Setelah lama kau mencari..

Kini kau telah temui..

 

Beruntunglah kau hati..

Disayangi dan dimiliki..

Baru kau sedar selama ini..

Yang perlu dicari rupanya ini..

 

Beruntunglah kau hati..

Tak sunyi tak sepi lagi..

Kau tahu mana nak mengadu..

Kau tahu mana nak tuju..

 

Beruntunglah hati..

Kau masih diterima dan disayangi

Walau telah banyak yang kau zalimi..

Namun kau masih hidup disini..

 

Kau tahu hati..

Seharusnya kau sedar dari dulu lagi..

Akan apa yang harus kau cari..

Tapi kau alpa dan kau bongkak dengan duniamu sendiri..

 

Aku tahu hati,

Terlalu banyak yang kau lalui..

Tapi jangan kau tangisi lagi..

Kini kau berhak bahagia hakiki..

 

Duhai hati..

Tenanglah dan teruskanlah..

Hiduplah dengan rasa itu..

Nikmatilah tanpa ragu..

 

Ku doa kau terus kukuh dan terus damai hati..

Jangan kau paling lagi dari jalan ini..

Bertahanlah hati..

Hingga kau benar-benar diterima kembali..

Oleh Penilai Hati.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s